.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Just Click on My Nuffnang =)

Showing posts with label INFO. Show all posts
Showing posts with label INFO. Show all posts

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Cik Zaira


Assalamualaikum....hai semua,,apa khabar? akhirnya ada jugak masa untuk post blog hihi almaklumlah terlampau busy sekarang ni huhu..maunya tak..masuk je 2017..macam2 program nak kena involve dan macam2 jawatan yang diorang bagi huk3..lemau mak buyong ni weyh,,

Dalam pada duk busy tu..dan lagi nak melayan mengidam tu haha..yang paling best ngidam benda2 yang kena masak sendiri..kalau nak harap pi beli...hurmmmm...bersalin dulu kot hahaha..cuma ngidam shellout je yang tak payah masak sendiri..sebab encik suami yang teringin nak makan kat dalam mydin meru tu hihi

Setelah sekian lama ngidam nak buat kuih keria gula melaka ni..akhirnya ada jugak peluang nak buat..tu pun lepas terjumpa ubi keledek putih dekat pasaraya TF Botani yang baru buka tu hehe..berserta hasil google resepi dari blog Cik Epal yang simple mimple not have trouble hehehehe yang paling sempoi sebab dah masuk bulan ke-7 pregnancy baru ada kekuatan nak masuk dapur..sebabnya pregnancy kali ni sangat kuat dugaan dan alahannya..selera memang kelaut la masa awal2 hari tu..dengan demam batuk & selsema berirama dengan si kakak...hampir sebulan baru sihat..

ok..resepi ni memang sempoi baqhang..hihi..bahan pun mudah, murah dan cepat je nak dapat..

Bahan A:
Ubi Keledek Putih
Tepung gandum
Garam

Bahan B:
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Air

Cara-cara:
1. Kupas ubi keledek dan potong bentuk cube sebab cepat sikit nak masak time merebus. Cuci dan rebus sampai lembut. (Guna ubi keledek putih sebab dia tak lembik bila direbus. Ada makcik tu cakap kalau pakai keledek kuning tu nanti dia lembik sangat masa nak membentuk kuih tu nanti.)

2. Bila dah lembut, angkat dan toskan. 

3. Time panas-panas tu, terus lenyek bagi hancur semua keledek tu. 
Part ni kakak Zaira suka sangat. Beria nak tolong mama lenyekkan keledek tu. Siap masa kupas keledek tu dia duk "tanya apa tu?"...so mama pun melayan la si kakak sebab dia yang semangat sangat nak buat kuih ni. Bila dah nampak macam nak berkecah je keje si kakak, terpaksa la mama ambil part haha

4. Ok, bila dah lenyekkan semua keledek tu, masukkan tepung gandum. Yang ni tak payah banyak sebab kalau banyak nanti kuih keria jadi keras. Kalau ikut blog Cik Epal dia ada sukatan, tapi ni kakak Zaira punya style dia ikut gerak hati aje kikiki. Yang pasti, lebih kurang hampir 3/4 adunan keledek yang dilenyek tu je.

5. Bila dah sebati gaul tepung dan keledek tu sampai tahap boleh bentukkan kuih keria tu ikut saiz kesukaan kalian, maka teruskan lah proses membentuk kuih keria sampai habis adunan.

6. Panaskan minyak dalam kuali, better buat deep fry la baru sedap. Goreng sampai habis kuih keria tu. Toskan dan letak sebelah.

7. Ni pun part yang kakak Zaira suka dan dia nak jugak tolong mama buat. Tumbuk gula melaka bagi hancur. Gula melaka ni saya guna yang sekeping2 tu. Sekeping tu saya guna untuk jumlah kuih keria 20 biji.

8. Lepas dah tumbuk kasi hancur..hehe..panaskan kuali, Masukkan gula melaka yang dah ditumbuk. Tambah gula pasir dalam 1 sudu setengah berserta garam sikit. Kemudian baru bubuh air.

9. Kacau sampai adunan nampak pekat nak likat. Kemudian masukkan kuih keria yang dah siap goreng tadi ke dalam kuali. Gaul sampai adunan gula dah takde atas kuali. Maknanya semua dah tersalut kat kuih keria tu.

10. Bila dah kering gula tu, tutup api dan angkat masuk pinggan..jangan masuk mulut terus ye..AWAS!!!..panas weyhh

haa.. ni la hasil kejadian..walaupun nampak macam errr..tapi licin jugak sampai adik mengadu tak cukup..ater 20 biji je buatnya. jamu pulak dekat hampir 10 orang kikiki 

si kakak tu bukan makan sangat pun...dia jilat gula nye aje..kuih tu dia bagi kat papa lepas dah puas jilat hahaha..papa mithali btoi sebab sanggup layan anak sampai cenggitu huhu

lepas menerima aduan tak puas makan, kuantiti tak cukup, ada yang ngidam dah lama tak makan dari family dan jiran tetangga..so saya repeat balik sebab tak sampai hati nak kecewakan mereka hihi yelahkan nanti dah bersalin tak boleh nak buat dah..pantang lama baru boleh buat balik..hohoho

so operasi kuih keria gula melaka part 2 pun berjalan..kali ni adunan bertambah dan dapat hampir 50 biji..wowww..siap buat delivery lagi weyhhh..sampai bengkak kaki mengadap buat kuih ni haha tambahan plak masa ni kakak Zaira tak tolong mama buat kuih..dia lena tido dari tengah hari sampai petang huhuhu

hajat hati nak buka order setiap sabtu..tapi lepas kejadian kuih keria part 2..mama Zaira dah tak berdaya nak duduk lama2 kat dapur..adik baby pun tak duk diam...siap sempat buat false alarm lagi huhu...terkezut mama sampai MC tak pi school hohoho

Sejak dari tu, dapur closed for temporary haha..setakat buat breakfast tu mama gagah lagi la kikiki tapi, bab ngidam forever ni memang part papa..dia punya menu request macam2..especially steamboat..preganant kali ni bape kali dah dia request ajak gi steamboat..merasa la jugak makan kat shabu shabu ipoh masa chinese new year hari tu..dalam hujan lebat pun dia redah sebab nak sangat..alhamdulillah dapat..

bila buka FB duk tengok orang post kt meru ada jugak steamboat..tp yang cucuk2 tu..kami pi jugak..makan kat situ..sedap..then ada cikgu 1 sekolah ni cakap takoyaki kat meru tu depan steamboat tu jugak la..sedap sgt2..kami pun beli la...mak aiiihhh..belum beli tu pun dah ramai beratur....masa order tu baru tau..yang dah siap atas meja tu yang orang dah tempah..belum campuq yang beratur n menunggu..kami try beli 1 pack je sebab nak rasa..tapi lepas tu menyesal sebab tak cukup...sedaaappppp gile2...hahahaha

ni je dapat ambil gambar nya..isi dah lebuuhhh haha
kami beli inti octopus..dia ada banyak inti..ada udang..pastu apa lagi ntah tak ingat hehe kalau berminat boleh tengok fb diorang or contact je nombor fon tu hihi


adoi..tajuk pasal kuih keria gula melaka..tapi dan lagi wat promo kan..kikiikiii..sambil menyelam kita hargai alam semulajadi kan..motif??ntoh hahahah

oklah..jumpa lagi dalam entry akan datang..bila tu tak tau lah pulak..due dah dekat ni..tunggu adik baby keluar dulu la kot hehehe..doakan semoga semuanya dipermudahkan ye..insyaAllah..amin..

jaga diri. Assalamualaikum..




Lens Sigma DG for sale


Lens Sigma DG untuk dijual..harga RM500 (boleh dirunding)




*Tlg abg ipar jualkan..kpd yg berminat boleh email kpd erizar.hisham@gmail.com


Resepi Mudah : Aiskrim Goreng

Assalamualaikum...haa jumpa lagik hari yang sama selang beberapa minit lepas post sebelum hahaha....

hamik kau!!dah lama tak layan blog..skali layan dua post..keh3

ok...last entry pasal puding aiskrim oreo kan??so lepas wat resepi tu..aiskrim sebekas lagi duk ada dalam freezer tu huhu..so jenuh pikir camne nak habiskan..then dapat idea nak buat aiskrim goreng..

ingatkan susah la nak membuatnya..rupanya senang jek padahal..hahaha

kebetulan roti gardenia bekalan untuk breakfast masih banyak lagi..lepas tu pulak ada acuan karipap yang saja mak mertua beli sebab saya failed nak kelim karipap haahaha..(eyna expert lagi dari saya..keh3)

so apa lagi...mula la keje2 menjahanamkan roti tu haha..

~ AISKRIM GORENG ~

Bahan-bahan:
Aiskrim
Roti Gardenia

Alat:
Acuan Karipap

Cara Membuat:
1. Letak roti atas acuan karipap dan letakkan aiskrim mengikut kesesuaian saiz acuan.
2. Kepitkan roti sekuat hati dan sambil tu tarik lebihan roti disekeliling acuan karipap tersebut.
3. Buka acuan karipap dan korang akan nampak roti aiskrim berbentuk karipap..hehe
4. Masukkan dalam freezer selama sejam dua.
5. Roti aiskrim tadi boleh lah digoreng sehingga nampak kekuningan. Dah siap..senangkan??

ok..ni lah dia aiskrim goreng yang telah siap digoreng...

ada yang komplen kenapa ada yang hangus? haha..sebenarnya bukan hangus..tp yg nmpk agak gelap sikit tu sebenarnya sebab saya guna roti yang paling hujung tu..so bila goreng nampak la sedikit gelap macam hangus hehe

actually kalau kat blog lain ada yang ajar guna 2 keping roti kemudian tekap guna bekas bulat..tapi saya rasa better guna sekeping jek jimat sikit..lagipun lebihan roti tu takdelah membazir sangat nanti..yang lebihan roti saya tu pun saya makan ngan aiskrim lebih tu hahaha..punya la tak nak membazir...

camni laa keje saya sekarang..memenuhi permintaan encik suami yang ngidam lain macam jek haha..dia cakap baby dia tak nak keluar sebab selalu dapat makan sedap2..adoi laaa papa ni...perot dah boroi sangat tu huhu..mama pun kalah ok..hehe

ok lah..cukup dulu untuk kali ni..penat dah duk bersimpuh menaip blog lelama haha..

take care uolls...see u next time

tata




Resepi Mudah : Puding Oreo

Assalamualaikum...hye smua bloggerz...thanks for visiting me..nice to meet uolls too...

hehe speaking lah pulok..ok2 terus kepada topik kali ni...

actually lately my husband selalu sangat request macam2..huhu..antaranya puding oreo ni la...husband jumpa resepi ni dalam sisipan majalah mingguan wanita masa balik kampung dia..siap dia koyak sisipan tu..mak sdara dia membebel dah..sesuka hati jek koyak majalah org hahahaha....then dia bagi kat saya.."papa nak mama buatkan untuk papa yg macam ni"...errr...so nak tak nak kenalah penuhi permintaan beliau haha

kalau ikutkan dalam buku tu..tajuk dia puding aiskrim oreo...tp dekat kaedah tu takde plak dia tulis masa mana nak letak aiskrim tu...so saya pun alter la sendiri resepi tu mengikut kesesuaian situasi hahaha...alhamdulillah..menjadi lah jugak...melepas la gian encik suami nak makan..hehe

ok..jom kita mulakan!!! :P

~ PUDING AISKRIM OREO ~

Bahan-bahan:
30 gm agar-agar 
1 tin susu cair
1250 ml air
100 gm gula
1 biji telur
1 bungkus biskut oreo (buang krim & kisar)
aiskrim (optional)
sedikit esen vanila

Cara membuat:
1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
2. Masukkan gula dan masak lagi hingga rata.
3. Kisar telur, susu cair dan esen vanila. Tuangkan ke dalam agar-agar.
4. Padamkan api dan tuangkan biskut oreo kisar ke dalam agar-agar.
5. Tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan sebelum dihidangkan.

tadaaa...ni la hasil puding oreo saya..hehe

kalau nak letak aiskrim sebelum tuang dalam bekas pun boleh...atau..selepas dah keras tu..atau...semasa makan...mana2 pun boleh..ikut selera masing2 la hihi

ok lah..nanti saya share lagi ye..

selamat mencuba ^_^

tata




D.I.Y. Loom Band *Trending*


Assalamualaikum..hai semua..lama dh tak berblog huhu...harap kalian sudi la membaca disini hehe

Ok entry kali ni sy nk kongsi pasal loom band yg tengah trending dikalangan kanak2 skrg hihi

Hari tu masa pegi rumah mak sdara..anak2 dia ade la tunjuk set loom band diorg..then siap buatkan kitorg sorg satu lg hehe..tp sparuh jalan je..lepas tu kitorg kena siapkan sendiri haha..

Ni la hasil loom band yg dah siap hihi

Yg ni plak masa sesi kitorg kena buat sendiri haha

My bro pun dah join sekali hehe

Bukti kegigihan mereka hehe

Lepas dah siap tu..tetiba terfikir..bagus jugak kalau jadikan loom band ni sebagai hadiah dlm goodies untuk wedding nanti..then uncle pun cadangkan kedai yg murah jual mainan kat pekan lama ipoh..

Esoknya eksited keluar pegi cari kedai dengan ayah n adik..yg kelakarnya padahal plan nak pegi tapah ambik kad jemputan yg dah siap cetak dekat encik tunang..tapi ayah plak eksited nak p cari loom band set tu hehehe

Akhirnya dapat jgk beli..jgn tak percaya..masa pegi tu de promosi..beli 1 percuma 1..haha..kitorg amik set paling besar yg harga rm70..then dpt percuma kotak set yg sama..so sekotak jd rm35 la..berbaloi x??

Jgn kata kitorg ni je eksited..ayah pun sama..tp bkn sbb loom band..tp sb kt kdai tu jual mcm2 brg mainan..mcm remote control car..helicopter..ufo..ayah pun hampir2 nak membeli 2 mainan..tp dia hold dlu sb tggu cuti nanti haha


Ni la set tu..dan dah mula buat loom band utk diisi dlm goodies kanak2..

Dan disebabkan loom band jgk la..xpasal2 anak jiran datang rumah sebab nak suruh ajarkan..ni la best friend kitorg kt taman ni..nurin nama dia..

Sian jgk kat diorg..dah lama diorg mintak ngan ayah diorg nak beli set loom band ni..tp sebab fmly diorg bukan org sng..lmbat baru dpt..xpe la..lps2 dpt trus anta whatsapp.."kakak..awin dh de loom band set..ajarkan boleh dak?"

Ingatkan dia ngn akak dia je..skali dtg bawak kwn2 lak lg haha..twin plak tu..irin diana n edlin dayana..sanpai maghrib jgk diorg lepak..huhu

Apa2 pun mmg enjoy buat benda ni..plus bley recap blk memori zaman dulu masa main zero point hehhe..tp yg paling klakar encik tunang ckp gelang tu dulu dia wt lastik cicak hehe siap amik gelang sy n wt gaya..senget hehehe

Ok lah..tu je entry sy wt masa ni..insyaAllah kalau sempat sy wt d.i.y. Pic utk tutorial  loom band ni...tp kt youtube  pun ada byk boleh tengok hehe

All the best ya..

Tata


D.I.Y. Cake Shop Miniature


Assalamualaikum dan hai bloggerz..

Apa habaq?hope sihat2 la ye..kali ni saja nak share hobi baru semenjak dua menjak ni kekekeke

Nin dia..projek miniature kedai kek..ngee!~~
Tapi yang ni tak siap sepenuhnya lagi..just exterior design je..interior sambung lepas 3 minggu hold..kekeke

Tapi exterior pun jenuh jugak nak siapkan..sebab setiap kepingan kayu kecil tu kena padankan dan gam sendiri huhu..nama pun D.I.Y. kan?? Kena la buat sendiri hehe

Actually set miniature ni saya beli dari seorang rakan kraft di FB..sebelum ni pernah survey di lelong.com tapi harga RM75 ke atas..tapi rakan krafter ni dah lama beli cuma tak pernah buat dan nak let go dengan harga murah..below RM40..tak ingat dah berapa..so pe lagi..i grab it fast!!~ hehe

So, saya pun mula la bina kedai kek..chewah..

Ni bahagian dalam kedai..belum letak decoration lagi hehe

Ni pulak panel hadapan kedai kek

Ni part paling leceh..main gam untuk pintu kayu ni huhu

Yang ni pulah sebahagian panel yang hampir siap

Haa..kotak kuning tu packaging miniature ni..kertas2 tu ada gambar2 barang2 hiasa..so kena potong, lipat dan gam huhu..remeh kan??tapi seronok hehe

Lepas 3 minggu sambung pulak interior part hehe

Ni misi memasang kaunter display dan meja hehe

Haa..tengok...gigih tak nak pasang signage kedai pun main capai je apa yang ada depan mata..janji dia lekat elok sudah hehe

Ni menu board..masa ni nak pasang kaki belakang..berapa kali letak gam nak bagi kukuh stand tu huhu

Tengok ni..kek instant haha..jenuh jugak nak buat sebab saiz besar kuku je huhu gigih itu penting okeh!!!~~

Tadaa!~~ kaunter display kek dah dipasang..tapi tukang wat kek mc plak..hoho..tggu next episod pulak baru siapkan sepenuhnya hehe..

Tunggukan kemunculan "cake love shop" ye hihi..next entry insyaAllah saya post yang dah siap sepenuhnya...

Ok..c u next time!!
Take care...



My Busy Life


Assalamualaikum...hai semua..

Maaf dah terlalu lama tidak memenuhkan entri blog ini hihi..terlalu sibuk dengan macam2 perkara kebelakangan ni...Ampun dan maaf sekali lagi...

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap jika ada..semoga hari raya kalian meriah dan diberkati Allah insyaAllah..

Salam takziah juga buat keluarga2 mangsa MH17 serta tak lupa juga MH370..Al-Fatihah buat mereka..semoga mereka tenang disana..

Ok lah..sebenarnya banyak benda nak post kali ni..hihi..tp smua sy ringkaskan je la ye..maklumlah masih dalam kategori busy lg skrg ni..tp tetap nk luangkan masa utk post entry ni kikiki

Alhamdulillah...pada 25 Mei yang lalu sy telah pun selamat bergraduasi secara official..chewah..makanya tamat sudah episod sbg student ni hihi

sehari sebelum konvo sy..kami satu keluarga pegi jalan2 melihat kawasan dari JB sampai la ke Melaka..dan setiba di Melaka abg saya mencadangkan kami mencuba makanan laut di Umbai..memang sedap woo..sampai kekenyangan meratah seafood tu ehehehe


kalau ada yang nak mencuba boleh lah datang ke sana..nama dan suasana kedai boleh tengok dalam gambar di atas ye..(sila klik gambar utk tgk dia gemok!haha)

Nah..bawah ni pulak gambar sekitar konvo sy..tak banyak gambar pun..sebab panas terik masa tu huhu


terima kasih pada mereka yang byk berjasa dalam perjalanan hidup saya sebagai pelajar..first of coz la parent..keduanya, si kembar (termasuk la encik tunang) yang penah membawa sy ke interview satu ketika dahulu serta byk memberi bantuan serta melayan karenah sy..ketiganya..kawan2 yang byk membantu dalam sesi pembelajaran serta saudara mara  dan mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung...terima kasih semuanya

haa..ucapan dah mcm dalam tesis plak hahaha..panjang berjela2..ye la kan...dalam masa 4 tahun tu mcm2 bnda yg jadi n sy hadapi..Alhamdulillah..kerana NEKAD akhirnya habis jua..

Walaupun dah bergraduasi, mmg susah btoi nak dapat keje skrg ni kn..uhuhu...byk2 interview yg sy pegi..semuanya kena tolak atas alasan ada degree tak mampu nk gajikan...hhuhuhu..makanya hampir 6 bln jgk la sy menganggur..telinga ni jgn ckp la..mcm2 bunyi dh duk tahan huhu

Namun, Alhamdulillah..satu hari mak saudara sy msg ajak join satu program bersama UPSI..memula tu takut jgk tak boleh buat..tp lepas pegi taklimat pe semua sy cuba wt habis baik..

program ni sebenarnya lebih kepada kursus penggunaan sistem yg mereka bangunkan utk projek diorg kpd guru2 tadika kemas, permata serta perpaduan..program selama seminggu ni sy bertugas sebagai fasilitator shj

asalnya sy join program ni sebab dgr boleh travel merata2 tmpt..especially sabah & sarawak..tp lps jadual keluar, nama sy hanya ditugaskan di UPSI dan KL shj..memula tu mcm frust jgk...tp tak mengapa lah memandangkan gaji yg ditawarkan tu boleh tahan jgk hehehe

Makanya, kerja la sy selama seminggu sbg fasilitator..mmg sy minat keje yg cmni..hehe..so enjoy je la



ni sekitar program ketika di Pusat Latihan Kemas, KL


Then..keje punya keje..3rd day training..Project Manager program ni, Nurul (a.k.a. my aunt's friend) ckp yg dia segan nk pegi Sarawak sorg2 sebab 2 assistant kt sana smua lelaki..so dia request kat boss dia utk bawak sy sama. 

Tp kuasa Allah..tiba2 pengajar yg sepatutnya pegi tu tak dapat pegi sbb wife dia tgh sarat..then boss approved Nurul bwk sy ke Sarawak..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..

Then we all fly to Sarawak dgn hati yg lapang..ngeee!~
(p/s: time ni mcm2 pesan yg diberi sbg buah tgn dr sarawak nti huhu)


excited mcm apa dh haha
sila abaikan pengembangan pipi yg sihat itu hahaha
merasa la masuk KLIA2


masa dpt makanan ni mmg lawak gile..actually kitorg xtau pun pihak pengurusan sebenarnya bg kitorg tiket yg mmg dh beli skali mkn, luggage, etc. so mse pramugari bg makanan...kitorg semua tercengang..siap tak berani nk mkn sbb takut diorang silap bg..sampai pramugari dah blah pun kitorg tak sentuh lnsg..sampai la pramugari tu dtg cek blk & beritau yg mmg kitorg punya makanan,,,hahaha..nmpk tak betapa keciwi nye keekekkeke

Sesampai nya di bandar Kuching kami terus ke hotel penginapan..masa ni kami sewa sendiri kat City Inn Hotel..(tiga bintang) kami pilih hotel ni sbb murah dan sbb dekat dgn Waterfront..hihi tempat femes yang patut pegi di Sarawak.

tapi sesudah melangkahkan kaki ke dalam hotel..memang klasik btoi dekorasi dia..kekeke..antaranya seperti signboard dibawah ni..haha..baca translation dia hoho

macam tahun 80-an punya bahasa translate ekekekeke

then, ada jugak tong sampah tahun dulu2 punya hihi

hari pertama tu kitorang masih belum familiar dengan kawasan keliling..so jumpa pizza hut je masa tu..sebagai makan malam hoho..tu pun sebab mall kat sebelah hotel..penat travel tak habis lagi..

keesokannya, bermulalah pengembaraan..hehe..taklah..bermulanya kursus di bandar kuching...tempat latihan kali ni di Pusat Belia Dan Sukan, Kuching..

pagi tu naik teksi je ke tempat latihan..RM20 tambang teksi dari hotel ke tempat latihan..so pergi dan balik dah RM40 huhu

on the way ke tempat latihan, kitorang terperasan bulatan yang ada tugu kucing ni hehe..rupanya disekitar bandar kuching, terutama di Waterfront ada 2 tugu kuching yang famous selalu orang ambil gambar, tapi kami tak berkesempatan pun nak ke sana..walaupun berapa meter je dari hotel hoho...busy punya pasal..


latihan di Kuching ni ada dua sesi, sesi pagi dah setel, kemudian tiba2 sesi petang pulak de masalah takde tempat untuk latihan dibuat, sebab rupanya dewan latihan hanya disewa pagi sahaja..makanya petang kami terpaksa ke Kota Samarahan memandangkan peserta hanya 3 orang hoho,,

So, petang tu kami sewa kereta kerana kenderaan tidak disediakan oleh pihak disana hoho..sewa 24 jam RM140..tambahan RM10 bagi setiap jam..tapi oklah berbanding naik teksi pergi dan balik lebih kurang sama je..huhu

makanya, pergilah kami ke Kota Samarahan..pada awalnya kami dimaklumkan lokasi tu sangatlah jauh..tapi kami tetap berusaha drive kesana seperti yang dijanjikan..walaupun kami tersesat masuk ke UniMas tapi sebab banyak roundabout jadi tiada masalah untuk wat U-turn hehe

tup2..senang je nak ke sana..berbantukan GPS dan signboard comel ditepi jalan tu..hehe..sangat adventure kekeke

dan sampailah kami bertemu dengan peserta 3 orang tu hihi..disebabkan tempat mereka tiada talian internet, maka kami lepak kat restoran yang ada wifi haha

tapi peserta kursus kali ni sangat2 sporting, habis semua lokasi makan2, shopping2 dia bagitau..siap suggest macam2 tempat..serta tips2 untuk elak pembaziran haha...dan kursus ni jugak membuatkan saya dapat melihat bahawa bumi Malaysia ni berbilang kaum..yang biasa saya jumpa..Melayu, Cina, India..tapi kali ni..Kadazan, Bidayuh dan macam2 kaum ada..memang betul2 satu Malaysia hehe

Habis je kursus, kami terus balik ke hotel dan meneruskan misi berjalan2...plan pertama cari kek lapis yang mak duk pesan hoohoo

nak ke tempat kek lapis yang famous tu kena menaiki bot ke Kg Boyan, tambang RM0.50 hehe murah kan??pergi balik baru RM1..tapi masa nak naik saya mengucap panjang haha..penakut macam ni la..bot goyang sikit dah cuak..sebab asik duk pikir..sungai sarawak ada buaya Bujang Senang haha

sampai je kat Kg Boyan, kitorang semua lapar dan terus tuju ke restoran yang boleh dikatakan famous jugak disekitar situ..makanya order lah kami nasi ayam penyet..hehe

boleh tahan jugak la rasanya, memang lain dari nasi ayam penyet di johor hehe ayam dia dibakar dan dituang sambal tu..

ni la restoran nya

lepas semua dah refill energy, kitorang sambung berjalan2 lagi..misi mencari kek lapis..kat situ banyak kedai yang menjual kek lapis, tapi yang famous nye kedai kek lapis mira..

bapak ramai orang masa pegi sini...kaunter paling ramai dekat tempat test kek haha..banyak btoi jenis kek lapis yang dia ada..saya beli 10 jenis..dan dapat percuma 1..hehe..jangan bimbang jika mahu membeli banyak disini, kerana mereka akan terus packing kek ke dalam kotak dan senang untuk kita bawak ketika naik flight..hehe

setelah penat shopping dan jalan2 kami ke seberang semula dan minum2 lepak2 kat tepi sungai..

muka penat shopping haha

then, esoknya kami memulakan misi berjalan2 lagi..sebab kereta sewa masih berbaki beberapa jam hehe



ok ni la Cik Nurul, PM program ni merangkap pemegang GPS n penunjuk jalan hehe

antara lokasi yang kami cari haha

ok..ni salah satu lokasi yang peserta kursus cadangkan..Kubah Ria..dia macam pasar dan medan selera..macam2 ada kat sini

tempat yang kami nak tuju di Kubah Ria adalah restoran "Kopi 'O' Corner" ini pun atas suggestion peserta yang kami jumpa..hehe

ni pulak makanan yang mesti kena cuba bila sampai ke Sarawak..Mee Kolok..memang sedap hehe

tengok...betapa sedap Cik Nurul makan sampai tak fokus masa nak amik gambar dia hahaha

tapi frust jugak sebab tak dapat nak merasa makan laksa sarawak..tapi sempat beli paste kuah laksa sarawak di pasar Kubah Ria ni..ikan terubok kering pun ada dijual kat pasar ni..

lepas je habis makan2..kami terus berjalan2 ke sekitar bandar kuching ni..dan kami sempat ke muzium kucing..hehe

entrance muzium kucing
actually muzium ni terletak dalam bangunan Majlis Perbandaran Kuching

sempatlah jugak snap gambar didalam muzium ni..
bawak phone kena caj RM3 huhu






dekorasi diluar muzium

pemandangan dari pintu utama MPKuching

sebelum bertolak ke airport kami sempat menjamu selera dulu..kali ni masih tak jumpa laksa sarawak..tapi sempat mencuba makanan lain

dah lupa apa nama mee ni..tapi dia macam mee kolok jugak..cuma mee nye lain sikit

then, sesampai kat airport, kami pulangkan semula kereta sewa dan terus check-in..tapi..masa pergi bertiga..masa balik berdua..trainer sorang tinggal sebab dia nak balik lambat haha...


pemandangan dari dalam pesawat

flight balik ni 1st time tengok pramugara/i Air Asia pakai casual..masa uncle sebelah kitorang tanya dekat pramugara tu kenapa pakaian tak macam biasa, pramugara tu sambil berguarau cakap sebab ada kitorang kat seat paling depan tu, so they assume special guest haha..padahal memang hujung minggu pramugara/i berpakaian kasual..

sebenarnya hari tu ada ambil gambar pramugara tu berpakaian kasual..tapi sebab masa balik tu ada orang tak puas hati sebab ambil gambar pramugara2 yang ensem kekeke...so terpaksa la delete dari phone..ya ampun...lenkali i amik gambaq u je k hehe..jgn marah ye syg..hhihi 

ni la kek2 lapis yang saya beli...masa ni tengah nak agih2 kan untuk bagi dekat family tunang dan saudara-mara

then, setelah selamat sampai ke UPSI semula..esoknya saya terus pulang ke kampung bersama encik tunang kerana mendapat berita atok dimasukkan wad kerana jatuh di bilik air..alhamdulillah kondisi atuk sekarang dah ok...terima kasih jugak dekat encik tunang sebab sudi balik kampung jenguk atok..serta menunaikan permintaan opah untuk makan durian hehe

makanya berakhirlah sudah entry kali ni..panjang kan..hehe
harap tak bosan mengunjungi blog saya..terima kasih kepada yang sudi singgah dan baca..lagi afdal kalau tinggalkan komen hehe

take care bloggerz..

c u soon..


ikhlas,
Erizar Hisham






Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P