.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Just Click on My Nuffnang =)

My Busy Life


Assalamualaikum...hai semua..

Maaf dah terlalu lama tidak memenuhkan entri blog ini hihi..terlalu sibuk dengan macam2 perkara kebelakangan ni...Ampun dan maaf sekali lagi...

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin..Mohon ampun dan maaf atas segala salah dan silap jika ada..semoga hari raya kalian meriah dan diberkati Allah insyaAllah..

Salam takziah juga buat keluarga2 mangsa MH17 serta tak lupa juga MH370..Al-Fatihah buat mereka..semoga mereka tenang disana..

Ok lah..sebenarnya banyak benda nak post kali ni..hihi..tp smua sy ringkaskan je la ye..maklumlah masih dalam kategori busy lg skrg ni..tp tetap nk luangkan masa utk post entry ni kikiki

Alhamdulillah...pada 25 Mei yang lalu sy telah pun selamat bergraduasi secara official..chewah..makanya tamat sudah episod sbg student ni hihi

sehari sebelum konvo sy..kami satu keluarga pegi jalan2 melihat kawasan dari JB sampai la ke Melaka..dan setiba di Melaka abg saya mencadangkan kami mencuba makanan laut di Umbai..memang sedap woo..sampai kekenyangan meratah seafood tu ehehehe


kalau ada yang nak mencuba boleh lah datang ke sana..nama dan suasana kedai boleh tengok dalam gambar di atas ye..(sila klik gambar utk tgk dia gemok!haha)

Nah..bawah ni pulak gambar sekitar konvo sy..tak banyak gambar pun..sebab panas terik masa tu huhu


terima kasih pada mereka yang byk berjasa dalam perjalanan hidup saya sebagai pelajar..first of coz la parent..keduanya, si kembar (termasuk la encik tunang) yang penah membawa sy ke interview satu ketika dahulu serta byk memberi bantuan serta melayan karenah sy..ketiganya..kawan2 yang byk membantu dalam sesi pembelajaran serta saudara mara  dan mereka yang terlibat secara lansung atau tidak lansung...terima kasih semuanya

haa..ucapan dah mcm dalam tesis plak hahaha..panjang berjela2..ye la kan...dalam masa 4 tahun tu mcm2 bnda yg jadi n sy hadapi..Alhamdulillah..kerana NEKAD akhirnya habis jua..

Walaupun dah bergraduasi, mmg susah btoi nak dapat keje skrg ni kn..uhuhu...byk2 interview yg sy pegi..semuanya kena tolak atas alasan ada degree tak mampu nk gajikan...hhuhuhu..makanya hampir 6 bln jgk la sy menganggur..telinga ni jgn ckp la..mcm2 bunyi dh duk tahan huhu

Namun, Alhamdulillah..satu hari mak saudara sy msg ajak join satu program bersama UPSI..memula tu takut jgk tak boleh buat..tp lepas pegi taklimat pe semua sy cuba wt habis baik..

program ni sebenarnya lebih kepada kursus penggunaan sistem yg mereka bangunkan utk projek diorg kpd guru2 tadika kemas, permata serta perpaduan..program selama seminggu ni sy bertugas sebagai fasilitator shj

asalnya sy join program ni sebab dgr boleh travel merata2 tmpt..especially sabah & sarawak..tp lps jadual keluar, nama sy hanya ditugaskan di UPSI dan KL shj..memula tu mcm frust jgk...tp tak mengapa lah memandangkan gaji yg ditawarkan tu boleh tahan jgk hehehe

Makanya, kerja la sy selama seminggu sbg fasilitator..mmg sy minat keje yg cmni..hehe..so enjoy je la



ni sekitar program ketika di Pusat Latihan Kemas, KL


Then..keje punya keje..3rd day training..Project Manager program ni, Nurul (a.k.a. my aunt's friend) ckp yg dia segan nk pegi Sarawak sorg2 sebab 2 assistant kt sana smua lelaki..so dia request kat boss dia utk bawak sy sama. 

Tp kuasa Allah..tiba2 pengajar yg sepatutnya pegi tu tak dapat pegi sbb wife dia tgh sarat..then boss approved Nurul bwk sy ke Sarawak..alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..

Then we all fly to Sarawak dgn hati yg lapang..ngeee!~
(p/s: time ni mcm2 pesan yg diberi sbg buah tgn dr sarawak nti huhu)


excited mcm apa dh haha
sila abaikan pengembangan pipi yg sihat itu hahaha
merasa la masuk KLIA2


masa dpt makanan ni mmg lawak gile..actually kitorg xtau pun pihak pengurusan sebenarnya bg kitorg tiket yg mmg dh beli skali mkn, luggage, etc. so mse pramugari bg makanan...kitorg semua tercengang..siap tak berani nk mkn sbb takut diorang silap bg..sampai pramugari dah blah pun kitorg tak sentuh lnsg..sampai la pramugari tu dtg cek blk & beritau yg mmg kitorg punya makanan,,,hahaha..nmpk tak betapa keciwi nye keekekkeke

Sesampai nya di bandar Kuching kami terus ke hotel penginapan..masa ni kami sewa sendiri kat City Inn Hotel..(tiga bintang) kami pilih hotel ni sbb murah dan sbb dekat dgn Waterfront..hihi tempat femes yang patut pegi di Sarawak.

tapi sesudah melangkahkan kaki ke dalam hotel..memang klasik btoi dekorasi dia..kekeke..antaranya seperti signboard dibawah ni..haha..baca translation dia hoho

macam tahun 80-an punya bahasa translate ekekekeke

then, ada jugak tong sampah tahun dulu2 punya hihi

hari pertama tu kitorang masih belum familiar dengan kawasan keliling..so jumpa pizza hut je masa tu..sebagai makan malam hoho..tu pun sebab mall kat sebelah hotel..penat travel tak habis lagi..

keesokannya, bermulalah pengembaraan..hehe..taklah..bermulanya kursus di bandar kuching...tempat latihan kali ni di Pusat Belia Dan Sukan, Kuching..

pagi tu naik teksi je ke tempat latihan..RM20 tambang teksi dari hotel ke tempat latihan..so pergi dan balik dah RM40 huhu

on the way ke tempat latihan, kitorang terperasan bulatan yang ada tugu kucing ni hehe..rupanya disekitar bandar kuching, terutama di Waterfront ada 2 tugu kuching yang famous selalu orang ambil gambar, tapi kami tak berkesempatan pun nak ke sana..walaupun berapa meter je dari hotel hoho...busy punya pasal..


latihan di Kuching ni ada dua sesi, sesi pagi dah setel, kemudian tiba2 sesi petang pulak de masalah takde tempat untuk latihan dibuat, sebab rupanya dewan latihan hanya disewa pagi sahaja..makanya petang kami terpaksa ke Kota Samarahan memandangkan peserta hanya 3 orang hoho,,

So, petang tu kami sewa kereta kerana kenderaan tidak disediakan oleh pihak disana hoho..sewa 24 jam RM140..tambahan RM10 bagi setiap jam..tapi oklah berbanding naik teksi pergi dan balik lebih kurang sama je..huhu

makanya, pergilah kami ke Kota Samarahan..pada awalnya kami dimaklumkan lokasi tu sangatlah jauh..tapi kami tetap berusaha drive kesana seperti yang dijanjikan..walaupun kami tersesat masuk ke UniMas tapi sebab banyak roundabout jadi tiada masalah untuk wat U-turn hehe

tup2..senang je nak ke sana..berbantukan GPS dan signboard comel ditepi jalan tu..hehe..sangat adventure kekeke

dan sampailah kami bertemu dengan peserta 3 orang tu hihi..disebabkan tempat mereka tiada talian internet, maka kami lepak kat restoran yang ada wifi haha

tapi peserta kursus kali ni sangat2 sporting, habis semua lokasi makan2, shopping2 dia bagitau..siap suggest macam2 tempat..serta tips2 untuk elak pembaziran haha...dan kursus ni jugak membuatkan saya dapat melihat bahawa bumi Malaysia ni berbilang kaum..yang biasa saya jumpa..Melayu, Cina, India..tapi kali ni..Kadazan, Bidayuh dan macam2 kaum ada..memang betul2 satu Malaysia hehe

Habis je kursus, kami terus balik ke hotel dan meneruskan misi berjalan2...plan pertama cari kek lapis yang mak duk pesan hoohoo

nak ke tempat kek lapis yang famous tu kena menaiki bot ke Kg Boyan, tambang RM0.50 hehe murah kan??pergi balik baru RM1..tapi masa nak naik saya mengucap panjang haha..penakut macam ni la..bot goyang sikit dah cuak..sebab asik duk pikir..sungai sarawak ada buaya Bujang Senang haha

sampai je kat Kg Boyan, kitorang semua lapar dan terus tuju ke restoran yang boleh dikatakan famous jugak disekitar situ..makanya order lah kami nasi ayam penyet..hehe

boleh tahan jugak la rasanya, memang lain dari nasi ayam penyet di johor hehe ayam dia dibakar dan dituang sambal tu..

ni la restoran nya

lepas semua dah refill energy, kitorang sambung berjalan2 lagi..misi mencari kek lapis..kat situ banyak kedai yang menjual kek lapis, tapi yang famous nye kedai kek lapis mira..

bapak ramai orang masa pegi sini...kaunter paling ramai dekat tempat test kek haha..banyak btoi jenis kek lapis yang dia ada..saya beli 10 jenis..dan dapat percuma 1..hehe..jangan bimbang jika mahu membeli banyak disini, kerana mereka akan terus packing kek ke dalam kotak dan senang untuk kita bawak ketika naik flight..hehe

setelah penat shopping dan jalan2 kami ke seberang semula dan minum2 lepak2 kat tepi sungai..

muka penat shopping haha

then, esoknya kami memulakan misi berjalan2 lagi..sebab kereta sewa masih berbaki beberapa jam hehe



ok ni la Cik Nurul, PM program ni merangkap pemegang GPS n penunjuk jalan hehe

antara lokasi yang kami cari haha

ok..ni salah satu lokasi yang peserta kursus cadangkan..Kubah Ria..dia macam pasar dan medan selera..macam2 ada kat sini

tempat yang kami nak tuju di Kubah Ria adalah restoran "Kopi 'O' Corner" ini pun atas suggestion peserta yang kami jumpa..hehe

ni pulak makanan yang mesti kena cuba bila sampai ke Sarawak..Mee Kolok..memang sedap hehe

tengok...betapa sedap Cik Nurul makan sampai tak fokus masa nak amik gambar dia hahaha

tapi frust jugak sebab tak dapat nak merasa makan laksa sarawak..tapi sempat beli paste kuah laksa sarawak di pasar Kubah Ria ni..ikan terubok kering pun ada dijual kat pasar ni..

lepas je habis makan2..kami terus berjalan2 ke sekitar bandar kuching ni..dan kami sempat ke muzium kucing..hehe

entrance muzium kucing
actually muzium ni terletak dalam bangunan Majlis Perbandaran Kuching

sempatlah jugak snap gambar didalam muzium ni..
bawak phone kena caj RM3 huhu






dekorasi diluar muzium

pemandangan dari pintu utama MPKuching

sebelum bertolak ke airport kami sempat menjamu selera dulu..kali ni masih tak jumpa laksa sarawak..tapi sempat mencuba makanan lain

dah lupa apa nama mee ni..tapi dia macam mee kolok jugak..cuma mee nye lain sikit

then, sesampai kat airport, kami pulangkan semula kereta sewa dan terus check-in..tapi..masa pergi bertiga..masa balik berdua..trainer sorang tinggal sebab dia nak balik lambat haha...


pemandangan dari dalam pesawat

flight balik ni 1st time tengok pramugara/i Air Asia pakai casual..masa uncle sebelah kitorang tanya dekat pramugara tu kenapa pakaian tak macam biasa, pramugara tu sambil berguarau cakap sebab ada kitorang kat seat paling depan tu, so they assume special guest haha..padahal memang hujung minggu pramugara/i berpakaian kasual..

sebenarnya hari tu ada ambil gambar pramugara tu berpakaian kasual..tapi sebab masa balik tu ada orang tak puas hati sebab ambil gambar pramugara2 yang ensem kekeke...so terpaksa la delete dari phone..ya ampun...lenkali i amik gambaq u je k hehe..jgn marah ye syg..hhihi 

ni la kek2 lapis yang saya beli...masa ni tengah nak agih2 kan untuk bagi dekat family tunang dan saudara-mara

then, setelah selamat sampai ke UPSI semula..esoknya saya terus pulang ke kampung bersama encik tunang kerana mendapat berita atok dimasukkan wad kerana jatuh di bilik air..alhamdulillah kondisi atuk sekarang dah ok...terima kasih jugak dekat encik tunang sebab sudi balik kampung jenguk atok..serta menunaikan permintaan opah untuk makan durian hehe

makanya berakhirlah sudah entry kali ni..panjang kan..hehe
harap tak bosan mengunjungi blog saya..terima kasih kepada yang sudi singgah dan baca..lagi afdal kalau tinggalkan komen hehe

take care bloggerz..

c u soon..


ikhlas,
Erizar Hisham






Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P