.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Just Click on My Nuffnang =)

Sambutan Raya 2012

Assalamualaikum...
hai semua..hari ni rajin lak nk blogging banyak2 kali..haha
ni nak cerita pasal raya pertama sampai raya ke-4 jek..sbb lepas tu dah tak raya sangat..tunggu raya ke sepuluh lak baru raya balik..
sebab apa??
sebab ayah baru balik raya ke-10 hehe
1st day raya:
lepas sembahyang raya terus balik kampung, Bota ^_^
aktiviti pertama makan2 dan borak2...
lepas tu ambil gambar..tapi kami 1 family je yang tak ambil gambar formal sebab ayah takde..huhu
so kitorang just ambil gambar bebas je..hehe
me with my little cousin
family belah ayah
siang hari kami beraya..malam nya pulak kami bermain bunga api..
tiada gambar untuk sesi main bunga api sebab takde orang sangat..huhu
raya ke-2:
hari kedua kami beraya ke rumah2 saudara mara,,
beraya di rumah tok busu
p/s: sebenarnya ada lagi 1 rumah tapi lupa nak bergambar..hehe
raya ke-3:
raya ketiga si dia datang beraya ke rumah..mak masak kan me goreng & nasi beriani..tapi sebab dah lambat..si dia tak sempat nak makan nasi beriani mak..huhu
lepas tu kitorang beraya sakan ke Teluk Intan (rumah Ijam) & Chenderiang (rumah family si dia),,,hehe
memula hajatnya nak beraya ke Tg Tualang..tapi Puan Tina tiada dirumah pula..hehe
p/s: yg ni pun kami lupa nak bergambar..hehe
hari ni jugak family dah berkurang sebab Abanglong dah balik Johor..huhu
raya ke-4:
mak2 saudara yang tahun ni raya pertama dirumah mertua semua datang beraya..
meriah jugak suasana bila semua ada..hehe
dan surprise lak bila Puan Tina datang petang tu..hehe terima kasih Tina...
beraya dengan Tina..
bergambar itu harus sebagai bukti katanya,,hehe
lepas je Tina balik kawan sekolah pulak yang datang...Shikin Azmi..
ni kawan sepernakalan masa sekolah dulu..hehe
Shikin kawin dengan orang Tambun rupanya..hampir 11 tahun jugak lah tak jumpa..ni pun dapat jumpa balik via Whatsapp group..hehe
Shikin tetap tak berubah..kelolor jugak macam zaman sekolah
Anak dia pun dah macam dia,,hehe..comel
yang paling best masa anak Shikin makan..
saya tanya la.."sedap tak adik?"
dia jawab.."sedap..andai acik acak!" (pelat skit) hehe
comel sgt2..
ramah pun ye..selamber je panggil mak "Opah" lepas tu cakap slange German (maksudnya pelat & tak difahami) hahaha
lepas Shikin balik kena lak antar Opah Chik balik..hehe
beraya la lagi kat rumah Opah Chik pulak..lepas tu Opah jamu makan kuih2 & air berkarbonat yang saya tak pernah jumpa..hehe
korang penah tengok tak air ni?
air bikarbonat dalam botol kicap (saya dah lupa nama dia huhu)
dan selesai sesi beraya saya..
tapi..jangan terkejut..di usia yang hampir 30-an ni..saya tetap dapat duit raya yang banyak..hehe..
hasil duit raya saya tahun ni..hehe
raya korang pulak macam mana?mesti lagi meriah kan??
insyaallah minggu depan sambutan raya untuk saudara mara akan diadakan dikampung..time tu baru la kami beraya..hehe
ok la..tu je la kot buat masa ni..hehe..
semoga jumpa lagi di lain entry..tata
^_^

Mai Join Says.com ^_^

Assalamualaikum..

hai bloggerz..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..Maaf Zahir Batin..

haa..actually saya nak post pasal sambutan raya baru2 ni..tp sebab ada lagi benda yang exciting buatkan saya nak post pasal web says.com ni...

mesti korang akan tanya kenapa?apa yang best?

jawapan saya..sangat2 best..sebabnya, baru 3 hari saya register saya dah kumpul hampir RM20..senang kan?just share kempen yang ada dan suruh kawan2 klik..itu je..hehe

berminat???



kalau korang dah register..share la link blog dan kita klik2 kempen sama2..hehe

boleh jugak klik2 kt kempen2 dibawah ni..just klik je gmbr2 kempen..

thanks ye.. ^_^





kawan saya, Amy dah hampir RM50 dah pun..tengok kat blog dia disini..

Amy rajin share..so banyak la yang dia dapat..saya pulak jarang share so lambat la sikit..hehe..

opsss...lupa nak beritahu..bila dah share n klik2..kita akan dapat persen yang dia dah tentukan..dan bila kutipan kita dah lebih dari RM50 kita dah boleh bank-in duit ke akaun kita..best kan??hehe

ok lah..kita jumpa lagi dalam next entry...selamat klik2 ye kawan2..tata

TQ kawan2 ^_^




Resepi Kuih Raya 2012 #_#

Assalamualaikum...

hai bloggerz..insyaallah lagi 4 hari kita nak raya ye kawan2..hehe

ayah dah pi keje dah..huk3..sedih..

last week saya ada mencuba resepi membuat biskut..resepi ni saya amik dari buku panduan menggunakan microwave.. ^_^v

resepi dia mudah je..

Bahan2
# 120 g mentega
# 120 g gula
# 1 1/2 telur
#240 g tepung

Cara2
# pukul mentega sampai jadi warna putih (saya main pukul je tak nampak putih gak..kuning de la..haha)

# tambah gula sedikit demi sedikit dan pukul lagi..(dush3)

# masukkan telur dan pukul sampai kembang

# masukkan tepung sedikit demi sedikit..(jangan pukul ye..gaul dengan senduk tau)...gaul sampai jadi 'doh' (macam 'dowh' je..hehe)

*lepas tu korang boleh jugak tambah elemen2 yang korang suka sesuka hati..hehe..contohnye coklat cip ke..bebola gula ke..nasi coklat ke..(chocolate rice laa..haha)

# panaskan microwave dengan suhu 170o 

# then buat la bentuk yang korang suka..petak ke bunga ke bulat ke bulan ke..nak lagi cantik pakai la alat tekap tu (betul tak ayat tu?haha)

# letak atas dulang yang telah di alas dengan 'aluminium foil'..susun dengan teratur

# masukkan ke dalam microwave dengan suhu 170selama 20-25 minit

hasilnya..anda pasti gembira insyaallah..hehe

kat bawah ni antara hasil 'ulian' saya..hahaha

biskut campuran milo ^_*v

biskut campuran cip coklat & taburan gula bebola

oklah...itu je la kot untuk entry kali ni..

kita jumpa lagi nanti insyaallah..tata


Raya Tak Raya Sangat laa.. #_#

Assalamualaikum...


salam ramadhan kepada semua bloggerz..
insyaallah kurang dari seminggu lagi kita akan menyambut lebaran..macam mana dengan persiapan?korang dah buat ke?

raya tahun ni saya tak buat apa-apa persiapan sangat..simple je..semua sebab raya kali ni ayah takde (kena keje la pulak..huhu)

walau macam mana pun..(skema lak) baju raya untuk ayah, mak, abanglong dan adik-adik tetap disediakan..cuma saya je tak sebab baju lama masih ada..tema kitorang tahun ni warna biru 'turquoise'. saya tak beli baju baru sebab baju kebaya masa jadi pengapit mak sedara masih ada. jimat kan?hehe 

warna tema raya kami tahun ni ^_^

tapi ayah tetap suruh saya beli baju untuk raya tahun ni. so saya pun pilih la baju kebaya berkerawang berwarna kuning. so konklusinya tahun ni tema saya 'berkebaya' hehe..

tapi raya sangat ke tahun ni?? ayah takde..huk3

haaa ni warne baju raya si dia..hik3

hah..tu pasal baju..pasal kuih pulak tahun ni kitorang tak beli pun..tapi..kitorang buat..insyaallah..buat sekadar yang termampu aje..hehe..

raya tahun ni mungkin beraya dengan si dia kalau berkesempatan insyaallah..dah bertahun tak beraya sama-sama..huk3

apa-apa pun saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat semua..


jumpa lagi dalam entry akan datang insyaallah..tata




Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P