.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Just Click on My Nuffnang =)

Tutorial D.I.Y : Baby Comforter


Assalamualaikum...hye semua..hehe lama tak berblog nih...

Masih belum terlambat kot kalau sy nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin..

Oklah..straight to the main point ye..kali ni sy nak share tutorial D.i.Y Baby Comforter..dah lama plan nak buat menda alah ni..sejak zaman bujang lagi..tapi sebab kekangan masa dan masalah nak dapatkan bahan so sekarang la baru ada peluang..tu pun sebab anak sendiri dah nak keluar..so mama nak save budget bab ni keh3

so..sebelum start perlulah disediakan beberapa bahan ye..kalau tak..camne nak buat ye dak?hihi

Bahan2:
Kain (corak ikut suka hati kalian..nak campur2 pun boleh)
Fiber batting (boleh beli secara online..saiz better 1/2 inci atau 1 inci sb kalau nipis sgt kang xselesa pulak ye dak?sy guna 1 inci punya sb 1/2 inci habis masa nak beli huhu)
mesin jahit
jarum peniti
gunting

Cara2:

ok..sebenarnya banyak kaedah yg boleh digunakan dalam membuat comforter ni..saya pun banyak wat research dari youtube aje..

kalau nak mudah, kain dan fiber batting dipotong sama besar. kemudian kain dicantum secara membelakang seperti membuat bantal. cuma dihujung tidak dijahit dahulu. setelah kain diterbalikkan masukkan fiber batting ke dalam dan cantumkan hujung kain yang terbuka td. untuk tampak lebih kemas jahit pula di bahagian tengah comforter tersebut utk memberikan kekemasan. (seperti contoh dibawah)

cuma nya sy buat kaedah lain dimana sy tambah border di bahagian tepi comforter dengan menggunakan kain bercorak berlawanan dari yg utama hehe (skema btoi entry ni)
ni antara bahagian kain yg telah dipotong
kain utama - 2 keping
kain border - 4 keping (pastikan saiz dan panjang sama ye)
fiber batting
**ukuran comforter mengikut kesesuaian kalian..sy dh lupa sy buat ukuran berapa haha


 
ok..setelah semua bahan tersedia boleh la mula menjahit...
pertama sekali cantumkan dulu kain border..
macam mana nak cantum?
ok cmni..amik sekeping..pastikan kain pertama tu corak diluar..
hujung dia pulak cantum ngn sekeping lg yg corak diterbalik kan..paham ke idak ni??huhu
kalau konpius boleh rilek2 tgk video ni dulu yerk KAT SINI

(klik video ni utk play)

ok dah tgk video kn?so sambung jek step border tu dengan potong lebihan kain setelah jahitan dibuat
yg penting kena gunting lebihan kain tu tak terlalu rapat dan tak terlalu jauh dr jahitan okeh...sebabnya nanti nk iron dan jahit susah..huhu

lepas dah potong lebihan kain tadi..border dilipat dua secara memanjang pulak...kemudian boleh la seterika kain tu untuk menyenangkan sesi mencantum nanti

dah siap iron bolehlah terus jahit kain border pada kain utama yg bahagian hadapan..belakang punya kain utama boleh dijahit kemudian jugak ok..masa ni mmg banyak nak kena guna jarum peniti dan pastikan kalian pakai mesin jahit yang gagah okeh...huhu...macam sy ni mesin jahit murah..so banyak tenaga digunakan untuk kawal kain, mesin dan serba serbi yg bergerak sebab mesin jahit sy ringan sangat2 hahaha tambah pulak pakai bateri aje..mmg macam mak nenek tunggu jahitan habis sampai hujung hohoho..

sebenarnya cara jahitan secara detail dah ada dalam video tadi..
untuk bahagian belakang kalian boleh jahit guna mesin untuk kemaskan bahagian border dan kain utama tu..tapi sy jahit tangan sebab tak reti nak guna mesin untuk sembunyikan jahitan belakang

lepas dah siap cantum semua..bolehlah jahit bahagian tengah comforter dengan menggunakan mesin jahit untuk kesan yang lebih kemas.

tadaaaa...ni lah hasil jahitan comforter saya..itupun setelah beberapa kali alter border dan fiber batting haha..amatur la katakan keh3

dah siap comforter baby sy..

disebabkan banyak lagi lebihan kain corak tu (corak doraemon tu papa baby yg pilih okeh sb papa n mama baby mmg suka tgk doraemon hahaha) maka terlebih rajin lah pulak nak buat sarung bantal kepala dan sarung bantal peluk baby..bantal tu sy guna kain flannel yg mmg dh ada dr zaman crafting dulu huhu..fiber pun masih ada banyak...so keje setel...lengkap lah travel set baby bertema kan doraemon keh3

ni pun main bedal je buat sarung nya hihi

mula2 ingat nak buat sarung tilam pulak memandangkan kain ada lagi dan tilam kekabu masa adik no4 tu masih elok lagi (10 tahun dah usia tilam tu oiii)..tapi macam tak jadi sebab mak sedara dah hadiahkan set tilam dan set bakul dari kawan dia punya biz...alhamdulillah..rezeki baby..syukur..so kena pikir projek lain plak lah hehe

oklah kwn2 blogger...terima kasih sebab sudi mengunjungi blog sy yang tak seberapa ni..terima kasih atas sokongan kalian..insyaAllah jika ada kesempatan sy akan kongsikan tutorial lain pulak ye..hehe

ilmu itu luas..lagi luas jika dikongsi bersama..insyaAllah..

doakan semoga urusan sy dan baby dipermudahkan insyaAllah...

jumpa lagi dilain entry...take care...assalamualaikum..




Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P