.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Just Click on My Nuffnang =)

Resepi Kuih Keria Gula Melaka Cik Zaira


Assalamualaikum....hai semua,,apa khabar? akhirnya ada jugak masa untuk post blog hihi almaklumlah terlampau busy sekarang ni huhu..maunya tak..masuk je 2017..macam2 program nak kena involve dan macam2 jawatan yang diorang bagi huk3..lemau mak buyong ni weyh,,

Dalam pada duk busy tu..dan lagi nak melayan mengidam tu haha..yang paling best ngidam benda2 yang kena masak sendiri..kalau nak harap pi beli...hurmmmm...bersalin dulu kot hahaha..cuma ngidam shellout je yang tak payah masak sendiri..sebab encik suami yang teringin nak makan kat dalam mydin meru tu hihi

Setelah sekian lama ngidam nak buat kuih keria gula melaka ni..akhirnya ada jugak peluang nak buat..tu pun lepas terjumpa ubi keledek putih dekat pasaraya TF Botani yang baru buka tu hehe..berserta hasil google resepi dari blog Cik Epal yang simple mimple not have trouble hehehehe yang paling sempoi sebab dah masuk bulan ke-7 pregnancy baru ada kekuatan nak masuk dapur..sebabnya pregnancy kali ni sangat kuat dugaan dan alahannya..selera memang kelaut la masa awal2 hari tu..dengan demam batuk & selsema berirama dengan si kakak...hampir sebulan baru sihat..

ok..resepi ni memang sempoi baqhang..hihi..bahan pun mudah, murah dan cepat je nak dapat..

Bahan A:
Ubi Keledek Putih
Tepung gandum
Garam

Bahan B:
Gula melaka
Gula pasir
Garam
Air

Cara-cara:
1. Kupas ubi keledek dan potong bentuk cube sebab cepat sikit nak masak time merebus. Cuci dan rebus sampai lembut. (Guna ubi keledek putih sebab dia tak lembik bila direbus. Ada makcik tu cakap kalau pakai keledek kuning tu nanti dia lembik sangat masa nak membentuk kuih tu nanti.)

2. Bila dah lembut, angkat dan toskan. 

3. Time panas-panas tu, terus lenyek bagi hancur semua keledek tu. 
Part ni kakak Zaira suka sangat. Beria nak tolong mama lenyekkan keledek tu. Siap masa kupas keledek tu dia duk "tanya apa tu?"...so mama pun melayan la si kakak sebab dia yang semangat sangat nak buat kuih ni. Bila dah nampak macam nak berkecah je keje si kakak, terpaksa la mama ambil part haha

4. Ok, bila dah lenyekkan semua keledek tu, masukkan tepung gandum. Yang ni tak payah banyak sebab kalau banyak nanti kuih keria jadi keras. Kalau ikut blog Cik Epal dia ada sukatan, tapi ni kakak Zaira punya style dia ikut gerak hati aje kikiki. Yang pasti, lebih kurang hampir 3/4 adunan keledek yang dilenyek tu je.

5. Bila dah sebati gaul tepung dan keledek tu sampai tahap boleh bentukkan kuih keria tu ikut saiz kesukaan kalian, maka teruskan lah proses membentuk kuih keria sampai habis adunan.

6. Panaskan minyak dalam kuali, better buat deep fry la baru sedap. Goreng sampai habis kuih keria tu. Toskan dan letak sebelah.

7. Ni pun part yang kakak Zaira suka dan dia nak jugak tolong mama buat. Tumbuk gula melaka bagi hancur. Gula melaka ni saya guna yang sekeping2 tu. Sekeping tu saya guna untuk jumlah kuih keria 20 biji.

8. Lepas dah tumbuk kasi hancur..hehe..panaskan kuali, Masukkan gula melaka yang dah ditumbuk. Tambah gula pasir dalam 1 sudu setengah berserta garam sikit. Kemudian baru bubuh air.

9. Kacau sampai adunan nampak pekat nak likat. Kemudian masukkan kuih keria yang dah siap goreng tadi ke dalam kuali. Gaul sampai adunan gula dah takde atas kuali. Maknanya semua dah tersalut kat kuih keria tu.

10. Bila dah kering gula tu, tutup api dan angkat masuk pinggan..jangan masuk mulut terus ye..AWAS!!!..panas weyhh

haa.. ni la hasil kejadian..walaupun nampak macam errr..tapi licin jugak sampai adik mengadu tak cukup..ater 20 biji je buatnya. jamu pulak dekat hampir 10 orang kikiki 

si kakak tu bukan makan sangat pun...dia jilat gula nye aje..kuih tu dia bagi kat papa lepas dah puas jilat hahaha..papa mithali btoi sebab sanggup layan anak sampai cenggitu huhu

lepas menerima aduan tak puas makan, kuantiti tak cukup, ada yang ngidam dah lama tak makan dari family dan jiran tetangga..so saya repeat balik sebab tak sampai hati nak kecewakan mereka hihi yelahkan nanti dah bersalin tak boleh nak buat dah..pantang lama baru boleh buat balik..hohoho

so operasi kuih keria gula melaka part 2 pun berjalan..kali ni adunan bertambah dan dapat hampir 50 biji..wowww..siap buat delivery lagi weyhhh..sampai bengkak kaki mengadap buat kuih ni haha tambahan plak masa ni kakak Zaira tak tolong mama buat kuih..dia lena tido dari tengah hari sampai petang huhuhu

hajat hati nak buka order setiap sabtu..tapi lepas kejadian kuih keria part 2..mama Zaira dah tak berdaya nak duduk lama2 kat dapur..adik baby pun tak duk diam...siap sempat buat false alarm lagi huhu...terkezut mama sampai MC tak pi school hohoho

Sejak dari tu, dapur closed for temporary haha..setakat buat breakfast tu mama gagah lagi la kikiki tapi, bab ngidam forever ni memang part papa..dia punya menu request macam2..especially steamboat..preganant kali ni bape kali dah dia request ajak gi steamboat..merasa la jugak makan kat shabu shabu ipoh masa chinese new year hari tu..dalam hujan lebat pun dia redah sebab nak sangat..alhamdulillah dapat..

bila buka FB duk tengok orang post kt meru ada jugak steamboat..tp yang cucuk2 tu..kami pi jugak..makan kat situ..sedap..then ada cikgu 1 sekolah ni cakap takoyaki kat meru tu depan steamboat tu jugak la..sedap sgt2..kami pun beli la...mak aiiihhh..belum beli tu pun dah ramai beratur....masa order tu baru tau..yang dah siap atas meja tu yang orang dah tempah..belum campuq yang beratur n menunggu..kami try beli 1 pack je sebab nak rasa..tapi lepas tu menyesal sebab tak cukup...sedaaappppp gile2...hahahaha

ni je dapat ambil gambar nya..isi dah lebuuhhh haha
kami beli inti octopus..dia ada banyak inti..ada udang..pastu apa lagi ntah tak ingat hehe kalau berminat boleh tengok fb diorang or contact je nombor fon tu hihi


adoi..tajuk pasal kuih keria gula melaka..tapi dan lagi wat promo kan..kikiikiii..sambil menyelam kita hargai alam semulajadi kan..motif??ntoh hahahah

oklah..jumpa lagi dalam entry akan datang..bila tu tak tau lah pulak..due dah dekat ni..tunggu adik baby keluar dulu la kot hehehe..doakan semoga semuanya dipermudahkan ye..insyaAllah..amin..

jaga diri. Assalamualaikum..




Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P