.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Just Click on My Nuffnang =)

Percutian ke Terengganu!


Assalamualaikum..hai semua...

haaa hari tu saya ada cakap nak cerita pasal cuti semester yang lalu...kali ni saya baru ada peluang nak cerita..hehe

mula-mula cuti sem saya ke Terengganu bersama adik yang bongsu, Nana sebab nak menghadiri Majlis Reunion bersama ex-classmate masa form 5 di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu tahun 2001 dlu..

majlis tu pada 28 jan 2012..so saya ngan adik bertolak dari Ipoh pada 26 jan 2012 sebab kononnya 27 jan 2012 tu nak tolong la kawan yang sukarela sponsor tempat tu prepare apa-apa yang patut..

makanya sesmpai nya kami pada 27 jan 2012..kami disambut oleh my VBFF (Very Best Friend Forever) dunia akhirat..Wahida..a.k.a. Kaklong..ehehe

petang tu kak long bawak saya dan adik ke gerai tepi pantai untuk menjamu selera sotong celup tepung kegemaran saya suatu ketika dahulu..terima kasih kak long sebab sudi bawak saya..dan thanks jugak kat her boyfriend sebab sudi belanja..hehe

ni la rupa sotong celup tepung nya..

kat gerai ni ada macam2..ikan celup tepung..sotong celup tepung..dan macam2 lagi..tp yang saya makan sotong je..itu pun rm10 seekor..huhu

lepas je menjamu selera, kami pun ke rumah kawan yang sponsor tempat tu, Zha untuk tolong pe yang patut.

tapi sampai2 je Takde apa sangat yang boleh kitorg bantu sebab semua dah ditempah..hehe

makanya bergambar je la keje kitorg.. ^_^v

saya & kaklong bersama anak2 Zha, batrisyia & darwisyah

petang tu kitorg discuss la sikit2 pasal majlis keesokan tu..habis je lepak2 saya, adik & kaklong terus keluar g cari tiket untuk balik Ipoh 29 jan tu..

sesambil tu kaklong bawak la kitorang round2 bandar Dungun..ye la..dah hampir 10 tahun saya tak pergi ke sana..huhu..dalam masa yang sama kitorg pergi cari bahan2 untuk siapkan Goodie Begs yang telah pun diberikan tugas kepada kaklong..so saya pun tolong la pe yang patut..

seperti yang dibincangkan..makanya keesokan petang kami pun pergi lah ke rumah Zha

sebahagian makanan yang disediakan..

menu untuk hari itu:
nasi dagang, rojak buah, kek, nasi impit dan paling nostalgia ialah tart telur..

ini kerana..(wahh skema kan)..tart telur tu merupakan sumber pendapatan kelas kami masa dulu.. ^_^v

majlis dapat dimulakan pada jam8 malam kerana masalah2 yang tak dapat dielakkan..

sepatutnya ramai lagi, tapi tiba2 ada masalah yang tak dapat dielakkan..takpelah..apa2 pun saya bangga dengan komitmen yang diberikan oleh mereka..kerana walapun tidak dapat hadir..tapi mereka tetap memberikan semangat kepada kami walaupun dari jauh..tq kawan2..

ini kek sponsor dari saya & kaklong.. ^_^v

tengok la gelagat anak2 Zha yang dah tak sabar2 nak makan..hehe

barisan lelaki yang hadir..sebenarnya sorang je..lagi sorang tu husband zha..huhu

macam2 gelagat bila dah lama tak jumpa ni

hanya ini je yang dapat hadir pada hari tersebut

masa jamuan macam biasa la..gambar mesti wajib diambil.. ^_^v

kaklong n naa

barisan lelaki yang hadir setelah hampir tamat jamuan..huhu
Kelaut(nama glamor masa sekolah, nama betul Khairullizan), Alinubbah & Halimi

dulu diorang ni antara yang nakal2 la jgk..tapi yang paling nakal dulu tak dapat datang atas sebab yang tak dapat dielakkan..takpelah takde rezeki nak jumpa..insyaallah ada masa nanti jumpa lagi kan? ^_^

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar sampai hampir jam 11 malam

esok pagi nya saya dan adik mahu bertolak pulang ke Ipoh..so kak long pun bersungguh2 menyediakan sarapan walaupun sarapan tu adalah lebihan makanan di jamuan semalam..hehe

tapi yang paling terharunya bila kak long menunaikan hajat saya nak makan kuih kayu keramat..kalau orang perak diorang cakap lebih kurang macam kuih cakoy/cakoi..huhu

tapi yang kak long jamu tu yang instant..hehe..tapi takpelah..janji dapat..Thanks a lot kak long..LOVE YOU!!

yang panjang2 tu la kuih kayu keramat..sedap..hehe

akhirnya pagi tu pulang lah saya dan adik ke Ipoh..

Alhamdulillah, majlis ni meninggalkan memori yang tak akan saya lupakan..

buat papa..jangan jeles2 ok..insyaallah nanti kita pergi sama2 ye..hehe..LOVE YOU SO MUCH!!

ok lah..sampai sini dulu...insyaallah saya update lagi akan datang!! tata

Erizar Hisham

No comments:

Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P