.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Just Click on My Nuffnang =)

Cuti Sekolah!! ^_^

Assalamualaikum...

hye semua...entry kali ni simple je sebab tak tau nak coretkan apa..just nak share pasal cuti sekolah 2 minggu ni..

macam biasalah kan kalau dah cikgu ni..cuti sekolah tetap ada keje..lagi2 bila cuti lepas exam..marking paper la paling stress...ahahaha

Alhamdulillah dah habis mark semua paper students..saya mark untuk last class...

Ya Allah...macam2 jenis jawapan ada..huk3..sabor je la budak2 ni..haiz..

tapi yang paling sedih...dalam 31 orang tu..4 orang je lulus..yang lain...uwaaaaaaaa...kesian diorang ni..huk3..

ok la..dah taknak sedih2 pasal students..nak setelkan tempahan keychain & cute pillow..adew yang berminat??boleh email kat saya k...

check it out!! =)

SMKCC ku syg!! ^_^b

 Assalamualaikum...hye bloggers...

 pada hari sabtu yang lalu, SMKCC telah mengadakan 3 majlis serentak dalam sehari...huhu

1) Mesyuarat PIBG
2) Majlis Perasmian Dewan Terbuka
3) Anugerah Cemerlang 2011

haa..sempena nak mengadakan majlis ini..macam2 persiapan yang telah dilakukan..dan tentu2nya setiap guru dah diberi jawatan masing2 

dan saya pun dapat la jawatan sebagai ajk penyediaan buku laporan pibg 2012 bersama2 Cg Ain dan Cg Tini..

nasib la Cg Ain & Cg Tini byk membantu..lagi pun tugas saya x de la berat mana pun..just edit report & print je..hehe

baru je berangan nak bersenang lenang sehari sebelum majlis kononnye nak pacak tanda pokok yang dah siap untuk projek sekolah yang Ketua Panitia bagi...

 projek di bantu oleh pelajar petang (Form 1 & 2)

last part..cat & tulis (sendiri je huhu)
 
..tup2...pengetua datang bagi new job..haha..terbaiikkkkk...

permintaan pengetua:
"awak kreatif kan?saya bagi tanggungjawab kat awak untuk decorate entrance open hall tu ye..saya nak macam birthday party..ok!"

zzz...saya dah blur..adoiiii...camne ni??tapi tanggungjwab tetap tanggungjawab..saya usahakan jugak..

then harinya tiba...

buat pertama kalinya saya attend mesyuarat PIBG..
 
 mesyuarat PIBG 2012

yang kelakarnya..dah la 1st time attend meeting camni..tiba2 pulak PK 1 suruh pegi calonkan ibubapa dalam meeting...

yang tu ok lagi..yang lagi haru bila YDP PIBG tanya.."mana calon yang awak calonkan tu?"..jenuh la saya mencari PK 1 tu tanya balik kat dia mana calon tu..haha

habis je mesyuarat PIBG terus kitorg pegi dewan terbuka pulak untuk majlis perasmian dewan terbuka tu..sebabnya YB dah datang..hoho

 Majlis Perasmian Dewan Terbuka

Lepas tu sambung pulak dengan Majlis Anugerah Cemerlang

 Majlis Anugerah Cemerlang

Sepanjang program berjalan..saya pun apa lagi..snap sana sini la gambar2 untuk dijadikan kenangan serta bukti menyertai aktiviti di sekolah..

 me & miss lim
 cg nab & cg mona
 kak, cg azi & cg ain
 cg murni, cg ju, cg tini & cg ina
 staf sokongan...kak wa
 
cg jun, cg su & cg mona

haaa..ni lah dia hasil kerja saya dengan bantuan rakan2 guru yang lain..alhamdulillah pengetua suka sgt2..sampai dia ckp.."tak perlu tanggalkan ye..sebab saya suka sangat"...hehe..

walaupun hasil kerja saya sangat simple dan mudah..tapi dalam proses melaksanakannya banyak dugaan dan halangan yang berlaku..
 
terima kasih yang tak terhingga kepada guru2 yang banyak membantu saya dalam melaksanakan tugas di SMKCC..jasa kalian tak akan saya lupakan..insyaallah
 
Seronok sangat sebab dapat merasai pengalaman macam ni..macam2 pengalaman yang saya perolehi..balik lambat..keje bertambah..dan macam2 lagi la..kalau ikut kan kudrat memang tak terdaya jugak..tapi guru2 tetap setia membantu..

tak lupa buat PK 1 yang benar2 banyak membantu saya dalam memberi nasihat dan dorongan sepanjang saya di SMKCC..

Semoga hasil usaha saya disini membuahkan hasil yang bernilai dan dihargai insyaallah..amin

oklah..panjang sangat dah entry kali ni..

jumpa lagi di entry akan datang..

wassalam..

Cg Iza


Guru Pelatih Cemerlang! ahaks! ;p




Assalamualaikum...hye bloggerz..

minggu ni dah masuk minggu ketujuh saya kat SMKCC ni..macam2 pengalaman yang saya perolehi..Alhamdulillah..seronok sangat2..
banyak program yang saya sertai dan libatkan diri dengan aktif untuk menghayati erti sebenar seorang guru sebenar..

antaranya menjadi guru pengiring untuk kem kepimpinan, dan juga program kerjaya. tak lupa juga menglibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum dengan membantu guru2 lain dalam menjayakan program. selain tu ada jugak aktiviti sampingan macam program PIBG sekolah, hari pelajar, hari guru,  lawatan ppd dan sebagainya.
ada juga aktiviti khusus untuk guru pelatih seperti program menghijaukan sekolah dan juga pembangunan blog sekolah.
dan yang paling mencabar adalah mendidik anak2 muda ini supaya belajar bersungguh2 dan berjaya dalam hidup. ada diantara pelajar2 ini sangat2 degil dan tidak memberikan perhatian dalam kelas. bukan saja lemah dalam pelajaran, malah sangat lemah dalam kelakuan..huhu..kecewa..
tapi semangat ini tetap diteruskan lagi untuk mengubah mereka menjadi yang lebih baik insyaallah...
tinggal lagi enam minggu lagi saya disini..kalau campur dengan cuti means lagi 8 minggu la..
kelmarin saya bersama pelajar2 kelas 4 Sc 2 ambil gambar untuk bukti laporan saya disini.


banyak langkah2 yang di ambil oleh pihak sekolah untuk membantu para pelajar meningkatkan kualiti pelajaran mereka dan alhamdulillah saya salah seorang guru yang melibatkan diri

minggu ni saya dah dapat gelaran Guru Pelatih Cemerlang..semua ni gara2 balik lambat selalu..rajin buat tuition..selalu stress dengan budak..haha..seronok!!!

next week diorang ni exam..so all the best for them!!usaha..doa dan tawakkal..harap2 ada peningkatan..

semoga mereka berjaya dalam hidup insyaallah...

ok la jumpa lagi in the next entry..

Erizar Hisham

Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P