Assalamualaikum...hye bloggerz..
minggu ni dah masuk minggu ketujuh saya kat SMKCC ni..macam2 pengalaman yang saya perolehi..Alhamdulillah..seronok sangat2..
banyak program yang saya sertai dan libatkan diri dengan aktif untuk menghayati erti sebenar seorang guru sebenar..
antaranya menjadi guru pengiring untuk kem kepimpinan, dan juga program kerjaya. tak lupa juga menglibatkan diri dengan aktiviti ko-kurikulum dengan membantu guru2 lain dalam menjayakan program. selain tu ada jugak aktiviti sampingan macam program PIBG sekolah, hari pelajar, hari guru, lawatan ppd dan sebagainya.
ada juga aktiviti khusus untuk guru pelatih seperti program menghijaukan sekolah dan juga pembangunan blog sekolah.
dan yang paling mencabar adalah mendidik anak2 muda ini supaya belajar bersungguh2 dan berjaya dalam hidup. ada diantara pelajar2 ini sangat2 degil dan tidak memberikan perhatian dalam kelas. bukan saja lemah dalam pelajaran, malah sangat lemah dalam kelakuan..huhu..kecewa..
tapi semangat ini tetap diteruskan lagi untuk mengubah mereka menjadi yang lebih baik insyaallah...
tinggal lagi enam minggu lagi saya disini..kalau campur dengan cuti means lagi 8 minggu la..
kelmarin saya bersama pelajar2 kelas 4 Sc 2 ambil gambar untuk bukti laporan saya disini.
banyak langkah2 yang di ambil oleh pihak sekolah untuk membantu para pelajar meningkatkan kualiti pelajaran mereka dan alhamdulillah saya salah seorang guru yang melibatkan diri
minggu ni saya dah dapat gelaran Guru Pelatih Cemerlang..semua ni gara2 balik lambat selalu..rajin buat tuition..selalu stress dengan budak..haha..seronok!!!
minggu ni saya dah dapat gelaran Guru Pelatih Cemerlang..semua ni gara2 balik lambat selalu..rajin buat tuition..selalu stress dengan budak..haha..seronok!!!
next week diorang ni exam..so all the best for them!!usaha..doa dan tawakkal..harap2 ada peningkatan..
semoga mereka berjaya dalam hidup insyaallah...
ok la jumpa lagi in the next entry..
Erizar Hisham
No comments:
Post a Comment