Assalamualaikum...
Selamat berpuasa kepada semua bloggerz yang beragama Islam.. ^_^
entry kali ni saya nak cerita pasal satu cerita lawak yang disampaikan oleh seorang ustaz sewaktu sesi tazkirah selepas solat terawikh semalam..hehe
*****************************************************************
Kisahnya mengenai seorang doktor yang membawa 15 orang pesakit dari hospital sakit jiwa menaiki pesawat . Pesakit2 ni dibawa untuk pemindahan ke hospital lain.
Al-kisahnya....setelah menaiki pesawat tersebut..pesakit2 mental ini duduk dibahagian belakang..manakala si doktor duduk di bahagian hadapan..
Setelah beberapa ketika didalam pesawat..tiba2 si doktor terdengar bunyi bising dibahagian belakang pesawat..menyangkakan sesuatu yang buruk berlaku, maka so doktor pun pergilah meninjau keadaan pesakit2 tersebut.
Alangkah terkejut si doktor melihat pesakit2 itu sedang bermain bola didalam pesawat. Lantas si doktor berkata, "Eh, jangan bermain bola didalam pesawat. Duduk semula di tempat kamu!". Akur dengan arahan doktor tersebut semua pesakit kembali ke tempat duduk mereka. Si doktor pun kembali ke tempat beliau.
Tidak lama kemudian, si doktor berasa hairan kerana sudah tiada bunyi bising dibelakang. Bahkan suara berbual2 pun tidak kedengaran. Dengan penuh kerisauan si doktor pun pergi semula ke belakang untuk melihat keadaan pesakit2 beliau.
Alangkah terkejut si doktor apabila melihat pesakit2 beliau sudah tiada di bahagian belakang, yang tinggal hanya 3 orang pesakit yang masih duduk di kerusi masing2.
Maka bertanyalah si doktor kepada 3 pesakit tersebut..
Doktor: "Mana pesakit2 yang lain?"
Pesakit 1: "Dah doktor cakap tak boleh main bola dalam pesawat, diorang pun pergi la main di luar pesawat"
Doktor: (Dengan rasa terkejut) "Habis, kenapa awak bertiga tak ikut main sama?"
Pesakit 2: "Kitorang ni pemain simpanan, doktor. Kalau diorang panggil suruh ganti jap lagi kitorang keluar la"
Doktor: (tak terkata..)
################################################
Moral of the story setiap insan di dunia ni memunyai pemikiran yang berbeza. Even diorang tu pesakit mental tapi setiap dari mereka tak akan mempunyai cara pemikiran yang sama. Begitu juga dengan insan2 yang normal.
Semoga entry kali ni memberi manfaat kepada semua. insyaallah..amin