.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Just Click on My Nuffnang =)

Hati LELAKI

Assalamualaikum..

hai semua..dh lme rsenye x post any entry hihi..almaklumlah dah tahun akhir ni bz je la manjang..sebelum memikul tanggungjawab yang lebih besar kena lah harungi segala dugaan dan cabaran yang datang ni kn..hehe

owh refer to my post title..bukan apa saja rasa terpanggil untuk berkongsi mengenai suatu info mengenai LELAKI..jom kite baca k ^_^

Berikut adalah senarai paling penting sifat lelaki yang wanita perlu arif perihal lelaki:

1. Jangan berkias-kias dengan lelaki kerana mereka bukan ahli nujum mampu menelah apa di fikiran kamu. Berterus-terang apa ingin dibahaskan kerana mereka pasti mampu memahami. Jikalau kamu sekadar memendam rasa atau menunjuk protes dengan perubahan sikap, memang takkan dilayan.

2. Jangan harapkan lelaki akan berkata-kata manis meluahkan rasa dengan bahasa indah-indah seperti di dalam filem. Memang takkan! Hanya nisbah satu dalam beribu akan ada lelaki romantis sebegitu. Jiwang karat!

3. Jangan bertanya jikalau kamu wanita yang tidak boleh menerima kritikan. Lelaki jikalau ditanya akan menjawab dengan jujur malah berkata benar. Kalau kurus, kuruslah, kalau tembam, tembamlah jawabnya. 

4. Jangan sekali-kali punya sahabat ‘lelaki gelap’ (skandal) kerana lelaki jika sudah mengikat kamu sebagai teman wanita akan sakit mata, hati jika kamu melayan lelaki lain. Walaupun kamu gelarkan orang itu sahabat atau hanya kawan, lebih-lebih lagi sepupu.

5. Jangan terlebih gaya dengan solekan tebal dan ketrampilan menjolok mata. Lelaki jikalau sudah suka bakal menerima kamu seadanya. Cantik rupa macam mana sekali pun kalau perangai seperti ***** pasti ditinggalkan sahaja. Sayonara!

6. Jangan lukakan hati lelaki kerana mereka akan ingat sampai bila-bila. Lelaki sebenarnya lebih emosi daripada kita. Lelaki kalau sudah sayang, susah bagi mereka mahu melepaskan kamu. Mereka akan benar-benar terguris rasa. Melainkan kamu bernasib malang bertemu lelaki si buaya darat.

7. Jangan takut mahu melakukan perubahan pada diri terutama perubahan kecil. Lelaki takkan melihat perkara terperinci. Contohnya setakat mahu memotong rambut seinci dua, memang lelaki takkan perasan. 

8. Jangan ungkit peristiwa lama. Jangan buang masa membangkitkan perihal sebulan lalu. Segala komen tidak lagi valid selepas tujuh minggu. Lain kali jika ada isu berbangkit, suarakan segera. Jangan pendam tunggu lama-lama untuk dibincangkan. Sumpah tak layan!

9. Jangan khuatir kerana azalinya memang lelaki akan memandang perempuan lain. Mereka galak mengurat tetapi hati mereka tetap milik kamu. Percayalah, 99.5 peratus waktu, lelaki bukannya bermaksud melukakan hati kamu. 

10. Jangan memandai beri pendapat. Lelaki jika meluahkan rasa, hanya mahu kamu menjadi pendengar setia mereka. Lelaki sebenarnya punya lebih banyak masalah besar daripada kamu. Jangan peningkan mereka dengan macam-macam perkara.

(sumber: www.gua.com.my)

# haa..back to no.6 & 8..it's seems like something that i'll accept it as a TRUE..coz it happen to my love somehow..huhu

apa yg saya cuba katakan ialah..jgn la kita asik nak ckp something yg pernah jd MEMORI LAMA pasangan..kerana kadang2 kita rasa INGIN TAHU..tapi HAKIKAT nya ianya MELUKAKAN mereka..huhu..kdg2 it's happen pd diri kita sndiri.. percaya lah..

bila kita dah tau perkara2 yg boleh membangkitkan kemarahan mereka..elok la elak kan supaya tak BERGADUH & tak KENA MARAH..kalau cari penyakit jugak MEMANG PADAN MUKA KAU!! hehe

ok la..tu je info yang sy nak share in this post..jumpa lg.. SAYONARA! ^_^




No comments:

Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P