.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Just Click on My Nuffnang =)

Dukong ke Dokong??

Assalamualaikum...

hye bloggerz..haa..tiba2 pulak rasa nak update blog lagi hari ni..hehe

bukan apa..rasa nak rest jap..lagi pun ada gap sebelum next paper..hehe

ok..entry kali ni saya nak cerita pasal musim buah yang ada kat kampung masa saya balik sekejap hari tu..perghhhh...sangat syok!!

moh kite tengok apa yang ada di kampung saya tu..rumah Atok & Opah!!

haaa...ni la Atok saya..
memula saya fokus tu Atok buat2 tak nampak je..lepas dah snap baru dia cakap.."kamu ambil gambar Atok ke?"..huhu..lepas tu saya pun suruh la dia senyum dan tu la hasilnya..ngeh3 ^_^v

haa..lepas je ambil gambar dalam rumah (masih belajar guna kamera canggih ni)..ayah lak panggil suruh amik gambar di luar..

then saya pun pergi la juga kat belakang rumah tu sebab tengok ayah, emak & Opah dah ada kat situ...rupanya diorang tengah operasi mengait buah dukong...huhu betul ke nama dia tu?

ayah suruh ambik gambar sebab dulu pokok dukong tu ayah belikan kat Opah..dan tak sangka dah berbuah dengan lebat sekali..buat kenangan kata ayah & Opah..hehe

ni Opah saya..
masa ni opah bawak alatan tradisi dia..lilin..alasan??..."halau nyamuk" kata Opah..huhu

ni pulak Ayah saya..hehe lagi
gambar ni pulak memang Ayah yang suruh ambil..teruja dia melihat kesuburan pokok yang ditanam belakang reban ayam ni..hik3..dan buah tu yang paling bawah dan banyak biji dalam jambak tu..yang penting..paling last kitorg kutip..haha

haaa..yang ni pulak Adik Mucuk saya..Uda..
beliau insan yang bertanggungjawab dalam menyediakan peralatan memanjat..sebab tak puas hati jadilah macam tu muka dia..hahaha

(sob..sob..rindu lak kat Uda..sebab dia berada di Kem PLKN di Gng Semanggol, Perak sekarang ni...buat betul2 ye Uda..huhu)

mesti korang tertanya2..mana buah dukongnya?asyik gambar muka orang je kan?huhu..ok2..ni la dia buah2 yang masak ranum atas pokok..hihi..terliur tak?
memanjat2 buah ni atas pokok..sampaikan ketinggian tangga tu tak cukup untuk mencapai keseluruhan pokok..i mean pokok ni sangat tinggi laa...huhu

dan ini hasil kutipan kami...
eh!! jangan terkejut..ni sikit je..sebabnya yang ni yang elok dalam jambak..yang dah terburai masuk plastik je..lagi pun gambar ni masa tak penuh lagi..yang dh penuh tak sempat ambil gambar sebab dah penat panjat pokok..hehe..

haa..korang pulak ada cerita pasal musim buah korang x?kalau ade share la link dekat komen ye..boleh la kite bertukar2 pengalaman..hihi

jumpa lagi dalam next entry!! ^_^v


No comments:

Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersLilypie First Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P