.

.

Teman2 bloggerz ku! ^_^v

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Just Click on My Nuffnang =)

Kembara Kami


Assalamualaikum...hye uolls...

waahhh lama dah tak bersua kan?hehe..berkulat dah blog saya ni hahaha..al-maklumlah sibuk sikit semenjak dua menjak ni kikikiki..last post pasal promote barang2 kawan2 hehe

Alhamdulillah...pertegahan bulan Ogos lepas saya dah dapat kerja..setelah 2 tahun menganggur..huhu..rezeki zaira la ni..alhamdulillah..

mana tak nye..macam-macam dugaan kami masa zaira dilahirkan..masa dalam pantang papa zaira berhenti kerja..sebab owner kedai nak kedai dia balik..huhu..3 bulan kami berhempas pulas mencari kerja untuk menampung kos hidup..masa tu memang menguji kesabaran kami suami isteri sebab dah ada anak..

tapi benarlah janji Allah..sabar itu nikmatnya indah..walaupun penantian itu satu penyiksaan..pada awal tahun 2016 papa zaira dapat tawaran kerja..awal2 tu kena pergi training di kedah..satu bulan terpisah dari zaira dan mama zaira huk3 tapi takpe..demi mencari rezeki yang halal untuk keluarga..kami redha..sekarang hampir 10 bulan dah papa zaira kerja dengan company tu..alhamdulillah...syukur..

sepanjang masa tu saya masih lagi menganggur sebab susah nak mintak kerja bila dah ada anak ni..tak banyak syarikat yang terima..alasan kedua sebab takut saya terikat dengan perjanjian kerja kerajaan sebab study jurusan pendidikan kan....huhuhu...

sewaktu masih lagi belajar untuk menjadi suri rumah yang berjaya..pertengahan april saya dipanggil interview untuk perguruan..syukur sangat2 masa ni..nangis2 peluk zaira masa dapat mesej dari SPP..dan alhamdulillah berjaya dan di postingkan pada pertengahan Ogos lalu..

makanya jadilah saya seorang guru..alhamdulillah..akhirnya..tercapai jugak cita2ku..hehe

bersama rakan2 posting..dari universiti berlainan..kikiki

dan alhamdulillah..selepas masing2 dah berkerjaya..kehidupan kami dipermudahkan Allah..syukur sangat2..senang dapat rumah sewa..dekat plak dengan rumah tok mak zaira hehehe..apa lagi zaira pun..hari2 nak 'omak' dia aje..sudahnya tak jadi duduk dengan babysitter sebab asik nak 'omak' dengan 'tok ayah' nye aje hihi..

sekali lagi rezeki kami bila papa zaira dapat bertukar ke cawangan yang lagi dekat dengan rumah sewa..subahanallah..cantik betul Allah dah susun perancangan hidup kami..walaupun saya yang terpaksa travel jauh untuk ke sekolah huhu..sejam perjalanan pergi kerja..begitu jugak la balik kerja..hoho..wanita gigih ok hahaha

setelah hampir 3 bulan saya bekerja di ipoh ni..barulah kami berpeluang untuk hang out bertiga untuk memenuhi tuntutan mengidam papa zaira hahaha..sebenarnya rezeki kami lagi bila minggu pertama posting saya disahkan hamil anak kedua tanpa disangka2 hohoho..mula2 tu rasa cuak la jugak sebab zaira baru masuk setahun..tambahan pula masa medical checkup saya siap buat xray lagi huhuhu..tapi doktor cakap rezeki yang Allah bagi kita kena terima dengan ikhlas..alhamdulillah..baby sihat..tanpa sebarang kesan xray...risau gila mula2 tu..

so sempena meraikan diri kami sekeluarga..baru2 ni kami melepaskan hajat mengidam nasi ganja ipoh di jalan yang kalsom tu..puas hati btoi papa zaira..sebab mood makan dapat kat papa dia..mamanya masih mood kurang selera makan sangat huhu

mama & papa zaira makan set basic nasi ganja..zaira pulak roti bakar..hihi


nampak tak memang copy & paste muka papa si zaira ni hahaha

kalau pi mana2 pun tanpa papa..mesti orang akan cakap.."ni mesti ikut muka bapak kan?rambut pun sama"..hahaha...mama gelak je la..perangai pun sama suka mengusik orang kikiki

alhamdulillah..syukur dengan perjalanan hidup yang Allah dah aturkan ni..sebab selalu fikir..kalau kite susah..ada lagi yang lagi susah..dan kalau tak bersyukur..memang susah nak hadapi hidup yang penuh pancaroba ni kan?


so sampai sini dulu la post untuk kali ini..insyaAllah kalau ada kesempatan saya post lagi ye..hahaha

take care..semoga kita semua dalam lindungan Allah insyaAllah..amin


~tata~



No comments:

Our Children

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Papa Mama

Daisypath Happy Birthday tickersDaisypath Happy Birthday tickers

Just Click on My Nuffnang..TQ =)

Popular Posts

Bilangan Korang Yang Ushar Aku :P